Saturday, January 13, 2007

Again to Tehran

Sampai di sini lagi 10 minit pukul 11:30pagi. Tak ada masalah dengan kastom. Lancar. Penerbangan ke Tehran tertangguh kerana kabus tebal untuk 2 jam. Aku lapar.
-------------------------------------------------------------------------------
KLIA --> DUBAI EK343 B777-300
DUBAI-->TEHRAN EK971 A330-200
-------------------------------------------------------------------------------
Aku sudah mencapai tahap perak dalam rancangan Skywards anjuran Emirates. Aku sudah boleh menggunakan Business lounge (tapi khas untuk tahap perak and emas). Kali kedua aku gunakannya. Dah mencapai lebih 25K batu tahun lepas. Aku tak sangka berjumpa dengan prefect shah. Aku amat teruja. Kali terakhir melihat secara berhadapan sewaktu tingkatan satu (1986). Selalunya menerusi akbar berita perkahwinan, mendengar cerita perbincangan seorang mamat singh electrical design dan pengumuman tentang perihal SCOMI. Yang pelik aku panggil dia prefect shah. Banyak aku cerita perihal kerja di Tehran dan sempat bertukar name card. Dia dua kali meminta aku berhubungan dengannya menerusi e-mail. Dia bersama dengan isterinya aku rasa. Aku cerita pasal my name is Abu Bakar bin Abu story. Dia tak ingat but give a laugh dengan cerita tu. Well, it's been a long time and this meeting happen at 5 in the morning.
--------------------------------------------------------------------------------
Aku sudah mengantuk sekarang. Malam tadi sempat tengok cerita The Guardian. Di akhir cerita aku tertidur. Jadi tak tahu conclusion. Dapat seat depan so semua tray makan and video boleh pakai simpan untuk jimatkan ruang. Tak seronok langsung.
Penerbangan ke Tehran lagi haru, ada husband and wife mintak tukar tempat, si minah tua tu buat-buat sakit kot senang ke tandas. Penat je mintak aisle seat. Tak apalah tukar aje just less than 2 hours punya flight apa salahnya.
---------------------------------------------------------------------------------

Labels:

0 Comments:

Post a Comment

<< Home